Sunday, April 24, 2011

NAK TAHU TETANG STAM...




SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Apa itu STAM?
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Mengapa STAM?
STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.
Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.


Selain itu, calon STAM boleh menggunakan sijil STAM untuk memasuki universiti-universiti di Malaysia. Calon boleh terus memasuki sarjana muda dalam kuliah-kuliah selain daripada sains. Kerajaan Malaysia mengiktiraf STAM setaraf STPM.
Bagaimana STAM wujud?
Bermula pada tahun 1997 persetujuan telah dicapai di antara pihak berwajib Mesir dan Malaysia untuk menyelaraskan sistem dan syarat kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar .
Berikutan ini Kementerian Pendidikan telah berbincang dengan Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada 10 hingga 12 November 1998 dan persetujuan telah diperoleh tentang pelaksanaan dan sistem pensijilan peperiksaan tersebut.
Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 Mac 1999.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dikenalpasti sebagai badan peperiksaan yang akan mengendalikan peperiksaan ini berdasarkan kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar.
Kurikulum
Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini.
Kertas Soalan dan Cara Pengujian
13 mata pelajaran yang akan diuji dalam peperiksaan ini ialah seperti berikut:
Bil.Mata PelajaranBentuk Ujian
1Hifz Al-Quran dan TajwidBertulis dan Lisan
2FiqhBertulis
3TauhidBertulis
4Tafsir dan UlumuhuBertulis
5Hadith dan MustolahBertulis dan Lisan
6MantiqBertulis
7NahuBertulis
8SarfBertulis)
9Insya’Bertulis
10Adab dan NususBertulis
11Mutala’ahLisan
12Arud dan QafiyahBertulis
13BalaghahBertulis
Calon wajib mendaftar dan menduduki semua mata pelajaran di atas.
Pendaftaran Calon
Syarat pendaftaran calon untuk peperiksaan STAM ialah:
  • Telah mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar
  • Telah menduduki peperiksaan SPM
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan pekeliling pendaftaran dan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan STAM sekurang-kurangnya satu tahun lebih awal daripada tarikh peperiksaan dijadualkan. Pekeliling pendaftaran, buku Peraturan dan Panduan STAM serta borang pendaftaran akan diedarkan kepada calon melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab semua Jabatan Pendidikan Negeri memastikan calon yang berminat dari negeri tersebut mendaftar sebelum tamat tempoh pendaftaran yang ditetapkan bagi membolehkan proses seterusnya tidak tergendala.
Pensijilan
Untuk STAM, seperti yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar As-Sharif, Mesir, pangkat sijil dan peringkat mata pelajaran dilaporkan seperti berikut;
PeringkatTakrif
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang -kurangnnya peringkat Maqbul bagi semua mata pelajaran. Calon yang berjaya mendapat sijil pangkat Maqbul diberi peluang untuk memperbaiki keputusan mana-mana mata pelajaran dalam masa tiga tahun.
Pengeluaran Keputusan
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, keputusan peperiksaan yang diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan dan dihantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan kepada calon melalui pengetua sekolah jika calon sekolah dan terus kepada calon jika calon persendirian perseorangan. Piagam Pelanggan Lembaga Peperiksaan menetapkan keputusan hendaklah diumumkan kepada calon sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tamat peperiksaan dan sijil dikeluarkan 6 bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Sijil untuk STAM akan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Salinan Sijil dan Terjemahan Sijil
Sijil asal hanya dikeluarkan sekali sahaja. Mereka yang kehilangan sijil asal atau kerosakan sijil asal, salinan sijil tersebut boleh dipohon dari Lembaga Peperiksaan dengan mengisi borang tertentu.
Untuk peperiksaan STAM, sijil dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, sekiranya calon memerlukan sijil diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga Peperiksaan. Semua permohonan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan dengan persetujuan Perbendaharaan Malaysia.
Kesimpulan
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dikendalikan mulai tahun 2000 secara berpusat di seluruh negara oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dengan demikian hanya satu peperiksaan berpusat sahaja akan digunakan sebagai kelayakan untuk permohonan masuk ke Universiti Al-Azhar dan pusat pengajian tinggi yang setaraf dengannya atau pusat pengajian tinggi yang menjalankan program kerjasama dengannya.

AIM | Membina Generasi Harapan: REHLAH AKADEMI 2011 DI SG. GOPENG



AIM | Membina Generasi Harapan: REHLAH AKADEMI 2011 DI SG. GOPENG: " Gegaran buat semua warga AIM 2011,19 April yang lalu pihak M..."

Friday, April 15, 2011

Rukun Iman???


Rukun iman ada enam
Wajib kita percaya kepada Allah
Malaikat dan kitab-kitabNya
Rasul-rasulNya penuntun manusia

Hari kiamat wajib kita percaya
Takdir baik buruk wajib juga adanya
Rukun iman ada enam
Wajiblah kita percaya

Percayalah…percayalah
Yakinkanlah…yakinkanlah
Rukun iman…percayalah

Lirik ini dipetik daripada kumpulan nasyid shauqi, rukun islam dan rukun iman... RUKUN IMAN??? Apa yang dimaksudkan iman itu? Iman dari segi bahasa bermaksud mengakui, mengiktiraf, dan membenarkan. Manakala iman dari segi istilah ialah membenarkan dengan hati,mengikrar dengan lidah, serta mengamalkan dengan anggota. Kini, ramai umat islam tidak mengambil endah terhadap rukun iman ini,hinggakan apabila disoal,mengatakan “tidak hafal la”, “lupa la”,”tidak berapa ingat la” dan lain-lain lagi.

  Pembahasan ini adalah pembahasan yang terpenting dan tertinggi kerna seluruh kehidupan Muslim berpusat dan dibentuk oleh iman. Iman adalah pokok pangkal dalam sistem kehidupan seorang Muslim secara keseluruhannya.

  Di dalam al-Quran juga ada menjelaskan tentang rukun iman iaitu firman Allah SWT dalam surah an-Nisa':136
4:136
maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Dalam hadis juga pernah diriwayatkan oleh Imam Muslim mengenai iman, dimana Jibril a.s bertemu dengan Rasulullah saw dalam bentuk seorang badwi untuk bertanya tentang Islam,Iman dan Ihsan, Nabi SAW menjawab tentang iman:
  
Kamu percaya kepada Allah,para malaikatNya,kitab-kitabNya, para RasulNya, Hari Terakhir(Hari Qiamat) dan kamu percaya kepada qadar (ketetapan Allah), baik dan buruknya.[riwayat Muslim daripada Umar al-Khattab r.a]

PENGERTIAN IMAN

Jelaslah bahawa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis di atas menjelaskan kepada kita mengenai pengertian iman yang tersusun dalam enam perkara iaitu:-


1       Mengenal Allah SWT .Bagi mengenali-Nya kita mestilah kenal melalui nama-nama(al-asma al-husna), sifat-sifat-Nya dan bukti kewujudan-Nya serta fenomena keagungan-Nya. Dalam firman Allah SWT,
7:54
maksudnya:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.(al-‘Araf[7]:54)

2       Mengenal alam ghaib atau alam di sebalik dunia tabie’ iaitu mengenal kekuatan kebaikan yang ada di alam ghaib seperti malaikat. Tidak juga ketinggalan kekuatan kejahatan yang bersimbolik iblis dan tenteranya di kalangan jin(syaitan).

3       Mengenali kitab-kitab Allah bagi menentukan tanda-tanda kebenaran dan kebatilan ,baik mahupun jahat, halal mahupun haram, serta elok mahupun buruk.

4       Mengenali nabi-nabi dan para rasul-Nya yang diutuskan bagi menghebahkan hidayah dan memandu makhluk kepada kebenaran. Allah telah berfirman:
16:36
Maksudnya:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.(al-Nahl:36)

5       Mengenali Hari Akhirat bahawa didalamnya berupa kebangkitan, pembalasan, dosa, seksaan, syurga dan neraka. Dalam hubungan ini Allah SWT telah berfirman:

21:47
Maksudnya:
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.(al-Anbiya’[21]:47)

6       Mengenali  qadar yang menjadi landasan sistem alam sejagat terhadap makhluk dan pentadbiran.

Iman bukanlah sekadar pengetahuan atau pengakuan tetapi merupakan keyakinan yang mapan di dalam hati dan pertuturan melalui lidah serta diikuti dengan perlaksanaan rukun-rukunnya. Lihat surah al-Anfal: 2, Allah SWT telah berfirman:
8:2
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Dalam hadis juga terdapat banyak menjelaskan pengertian iman. Antaranya hadis daripada Umar al-Khattab r.a  daripada  Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang girang dengan kebaikannya (yang dilakukan) dan benci dengan kejahatannya (yang dilakukan), maka dia adalah mukmin.” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya)
Selain itu dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Muslim daripada Anas r.a , daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda:
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia menyukai untuk saudaranya perkara yang di sukai.”

KEPENTINGAN IMAN
Betapa pentingnya iman kepada individu seseorang Muslim kerana dapat memupuk seseorang itu patuh kepada syariat agama yang telah di perintahkan oleh Allah SWT. Antara kepentingannya dapat dijelasakan iaitu:

1.     Jika kita dapat mengenali Allah dengan sebaiknya kita kan merasa kemanisan iman tersebut kerana dapat membangkitkan rasa kebaikan, melatihkan kebolehan bermuraqabah, membangunkan semangat mengejar perkara yang gemilang dan cemerlang serta tidak menghiraukan perkara remeh temeh kepada sesuatu perkara.

2.     Apabila kita mengenali malaikat, kita akan merasakan seolah-olah kita bekerjasama dengan malaikat dalam usaha kearah  kebenaran dan kebaikan. Mereka akan bertindak untuk matlamat yang mulia.


3.     Mengenali para rasul. Kita akan menjejaki langkah mereka, perlakuan akhlak mereka dan meneladani mereka kerana mereka adalah simbol kepada nilai-nilai soleh dan kehidupan murni sebagai dikehendaki oleh Allah SWT kepada para manusia.

4.     Mengenali kitab-kitab ilahi menjadikan seseorang itu lebih arif dan bijak dengan manhaj yang terpandu sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah SWT kepada manusia.


5.     Mengenali akhirat merupakan pemangkin(catalyst) atau penggerak bagi seseorang itu melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara kejahatan.

6.     Mengenali qadar pula akan membekalkan seseorang dengan kekuatan dan keupayaan untuk berhadapan dengan segala cabaran atau rintangan. Oleh itu masalah besar akan dipandang ringan.

Jelaslah bahawa iman bertujuan untuk mendidik peribadi seseorang tiu, membersihkan jiwa dan memandukannya kearah nilai yang agung. Sesungguhnya iman ini merupakan ruh bagi setiap individu. Ia menghidupkan kehidupan tabie’ dan tanpanya, ruh akan mati. Iman juga merupakan cahaya atau petunjuk. Apabila cahaya itu hilang daripada manusia , akan sesatlah manusia dalam fatamorgana kehidupan dan hancur dalam kemusnahan kesesatan. Firman Allah Taala:
6:122
Maksudnya:
Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat).(al-An'am:122)

Maka ,apabila manusia tidak berhubung dengan Allah SWT, hubungannya dengan alam turut terputus. Ruhnya Menjadi asing dengan alam dan segala yang lahir daripada  Allah SWT. Dia tidak akan berasa tenang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Sehubungan dengan firman Allah SWT:
20:124
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha : 124)

Jadi sama-samalah kita berusaha untuk mengenali lebih dekat lagi berkaitan dengan iman kerna iman adalah asas utama atau perkara pokok yang perlu dititik berat kepada seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang sejati. Wallahu’alam ^_^





SUMBER DARIPADA:
·        PEDOMAN HIDUP SEORANG MUSLIM( ABU BAKR JABIR AL-JAZAIRI)
·        ASAS-ASAS ISLAM MODUL PEMBANGUNAN IHSAN (DR. ALI LABAN)
·        Al-QURAN