Tuesday, October 25, 2011

Diri Kita yang Mesti Diubah












إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)
Ketikamana Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW, lalu baginda membacakannya kepada kaum Arab pada waktu itu, al-Quran memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap jiwa mereka dan menguasai sepenuh hati mereka, dengan itu Allah mengubah diri mereka menjadi peribadi-peribadi yang sangat berbeza keadaan mereka selepas memeluk Islam jika dibandingkan dengan keadaan mereka semasa jahiliyah.
Sebagaimana al-Quran memberi kesan kepada hati orang-orang mukmin, demikian jugalah ia memberi kesan kepada hati para musyrikin. Akan tetapi kesan al-Quran pada jiwa orang musyrikin adalah kesan yang sementara dan bersifat negatif. Kesan yang menyebabkan mereka menjauhkan diri mereka daripadanya sambil berkata sesama mereka:
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
“Janganlah kamu mendengar (bacaan) al-Quran ini dan rekalah kata-kata bathil serta palsu sekitarnya, moga-moga kamu dapat mengalahkan (mereka).” (Fussilat: 26)
Adapun bagi orang-orang beriman:
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
“(Iaitu) mereka yang mendengar perkataan lalu mengikut yang terbaik di antaranya. Merekalah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan merekalah orang-orang yang berakal.” (Az-Zumar: 18)
Justeru, kesan al-Quran terhadap mereka adalah kesan yang positif pada setiap masa, ia mengubah diri mereka daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain, serta mendorong diri mereka untuk berhias dengan akhlak-akhlak yang mulia lagi terpuji.
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
“Allah telah menurunkan sebaik-baik kalam iaitu al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit-kulit orang-orang yang takutkan Tuhan mereka kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Az-Zumar: 23)
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama merenung kembali hubungan kita dengan al-Quran yang mulia. Adakah terkesan jiwa kita bilamana mendengar ayat-ayatnya yang suci? Sejauh manakah ia mampu membentuk akhlak dan peribadi kita? Dan adakah ia terkesan di dalam hati kita seperti mana terkesannya hati-hati para salaf dengannya?
Tidak wahai saudara-saudaraku! Sungguh, kita hanya semata-mata membaca al-Quran, hanya mengulang-ulang kalimat-kalimatnya dan melagu-lagukan bacaannya, namun limpahan al-Quran dan penghayatannya tidak pula menjadi kepentingan bagi kita sebagaimana para salafussoleh terdahulu yang begitu terkesan dengan al-Quran apabila mendengar ayat-ayatnya dibacakan.
Justeru, marilah kita mengikuti jejak langkah para salafussoleh. Apa yang kita sama-sama inginkan adalah supaya umat al-Quran dan negara Al-Quran kembali tertegak menyinari alam yang sedang berada di dalam kegelapan .
Realitinya, sesungguhnya kita pada hari ini begitu jauh dengan penghayatan al-Quran yang sebenarnya. Bahkan kita pada hari ini begitu mengutamakan dunia dan mencintainya dengan sepenuh hati kita. Tidakkah kita pernah memerhatikan firman Allah SWT maksudnya:
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah, sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan rumah-rumah yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah, rasul-Nya, dan jihad di jalan-Nya maka tunggulah sehingga Allah memberikan keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah: 24)
Sahabat yang dikasihi,
Kita seringkali melihat kepada sebab-sebab dan menganggapnya punca segala sesuatu sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk mengambil kira adanya di sana kehendak Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa, serta pertolongannya bagi wali-wali-Nya tanpa disangka-sangka. Allah berfirman yang bermaksud:
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan jadikan jalan keluar baginya dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan (keperluannya).” (At-Tolaq: 2-3)
Justeru, mari kita sama-sama mengubah jiwa kita berpandukan wahyu Tuhan ini, lalu kita akan menjadi lebih yakin dengan apa yang berada di tangan Allah daripada apa yang berada di tangan kita sendiri.
Sebahagian daripada kita sangat mudah untuk marah hanya disebabkan perkara yang kecil dan remeh, lalu kita memutuskan hubungan, saling bermasam muka dan sebagainya samada disebabkan oleh perkara yang munasabah ataupun tidak, sedangkan Allah SWT berfirman yang bermaksud:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah SWT dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103)
Demikian juga firman-Nya dalam ayat yang lain yang bermaksud:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ 
“Hanyasanya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat:10)
FirmanNya lagi yang bermaksud:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ 
“Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain.” (At-Taubah: 71)
Justeru, adakah kita terkesan dengan firman-firman Allah ini? Lalu kita melupakan kebencian dan kedengkian di antara kita serta cuba untuk menyucikan hati dan perasaan sehingga kita mampu bersatu di atas kalimah Allah dan menjadi saudara kerana Allah semata-mata?
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitulah) mereka yang kusyuk dalam solatnya, meninggalkan perkara-perkara sia-sia, mengeluarkan zakat, menjaga kemaluan, kecuali kepada isteri-isteri atau hamba-hamba mereka maka mereka tidaklah tercela.” (Al-Mukminun: 1-6)
Di manakah kita daripada sifat-sifat mulia tersebut? Khusyuk dan menjaga solat, meninggalkan perkara yang sia-sia dalam perkataan dan perbuatan, kerana setiap perkara samada yang kecil ataupun besar dicatat oleh Allah. Begitu juga dengan mengeluarkan zakat fitrah, zakat harta sebagai melaksanakan tanggungjawab, menyucikan harta, mengelakkan fitnah, dan berbakti kepada orang-orang fakir dan miskin. Serta menjaga kemaluan daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah dan menjaga apa yang berkaitan dengannya samada mata, telinga, mulut, hidung, tangan dan kaki.
Di manakah kita sekarang daripada sifat-sifat yang digambarkan dalam al-Quran perihal mukminin yang sejati dan para salafussoleh lalu mereka menjadi sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi umat manusia?
Inilah sebahagian contoh ajaran-ajaran al-Quran yang telah membentuk akhlak mereka sehingga menjadi sinaran cahaya bagi manusia seluruhnya, dan yang telah memberi petunjuk kepada mereka ke jalan yang benar. Justeru adakah kita berazam untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik? Dengan itu akan berubahlah kehidupan kita, Insya-Allah.
Ya Allah, perkenankanlah harapan dan permintaan kami, amin!

Dipetik daripada:

Monday, October 24, 2011

Di sana ada harapan…


Jumlah umat Islam kini semakin berkembang menjangkaui 1.7 billion daripada keseluruhan penduduk dunia yang telah pun melebihi 6.5 billion. Namun rata-ratanya kelihatan bahawa umat ini terus terceruk di tangga terbawah akibat diliputi pelbagai permasalahan dalaman dan luaran.
Kisah malang ini berpanjangan apabila hanya sedikit di kalangan umat yang ramai ini menginsafi realiti yang ada dan bersedia untuk turun padang bagi mengerah keringat dan menggugah kepayahan bagi membina sejarah yang baru.
Namun harus kita ingatkan kembali rentetan sejarah kegemilangan yang telah dicipta oleh generasi hebat yang terdahulu yang menyaksikan bahawa kelompok yang sedikit kerap kali mencipta kemenangan setelah melalui siri-siri ujian dan cubaan.
Sejumlah hanya 3 orang atau 5 atau 7 orang pemuda Ashabul Kahfi yang berjuang sekian lamanya mendepani sistem kemasyarakatan dan pemerintahan yang tagha pada ketika itu akhirnya dizahirkan kemenangan hanya setelah mereka dibangkitkan 300 atau 309 tahun kemudiannya.
Di kala Badar al-Kubra, sejarah gemilang menyaksikan segerombolan 313 orang generasi bertaqwa yang tidak mempunyai kelengkapan yang hebat akhirnya berjaya menumbangkan lebih 1000 orang bala tentera kuffar yang didokongi oleh sistem yang canggih pada ketika itu.
Di pertembungan Hittin, sejarah dunia menyaksikan bagaimana 12,000 orang generasi yang telah dididik dengan al-Quran berjaya mendepani kekuatan lebih daripada 60,000 orang bala tentera Salib yang telah dikumpulkan daripada 22 buah negara Eropah.
Puluhan, ratusan dan mungkin ribuan lagi kisah-kisah yang telah dilakarkan oleh generasi sebelumnya bahawa kemenangan umat itu bukan terletak kepada jumlahnya yang ramai tetapi adalah kepada kelompok pendokong yang mendasarkan kekuatan perjuangannya kepada :
Iman dan ukhuwah adalah kunci kemenangan
1-Kekuatan ‘aqidah
2-Kekuatan ukhuwah (persaudaraan sesama Muslim)
3-Kekuatan as-Silaah (persiapan dan kesiap-sagaan ketenteraan)
4-Kekuatan pendokong dan penglibatan umat yang bersamanya
5-Kekuatan berjuang di atas panji Allah yang satu
Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. yang telah berkata, “Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”. (H.R. Bukhari)
Saudaraku…
Teruskanlah perjuangan kerana target utama perjuangan ini adalah untuk membina cinta Ilahi di dalam diri kita sendiri dan juga di kalangan manusia serta alam sejagat.
Mendamba cinta Ilahi
Walaupun kalian mungkin bersendirian di pedalaman Sabah, di perkampungan hulu Sarawak, di kalangan penduduk tersisih, di menara gading terpilih, di kalangan rakyat marhein atau di mana jua anda berada… teruskanlah perjuangan mulia ini demi mendamba cinta dan redha Ilahi.
DIPETIK DARIPADA:
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
ISMA Cawangan Seremban

Blog: Peduli Ummah

Sunday, October 9, 2011

DI Mana Perginya Sikap Kita Memuliakan Saudara Seislam???



Wahai sahabat2ku sekalian... di zaman ini iaitu zaman fahsha walmungkar ini,mcm2 bleh berlaku, cube kite renung2kn dimana sikap prihatin kita terhadap saudara atau sahabat2 kita seislam terhadap permasalahan2 yg semakin meruncingkan keadaan.


Berbagai-bagai permsalahan yang timbul yang terjadi kepada umat islam kini yang sering kita dengar iaitu berlakunya pembuangan bayi,melakukan zina,sumbang mahram,menghisap dadah,minum arak dan lain-lain lg. Mahukan kita ingin kembali kepda umat yg mngamalkn kehidupan yg berasaskan kejahilan dan penuh kejahatan??  Nabi Muhammad SAW pernah bersabda mengenai umat akhir zaman ini akan ditimpa penyakit2 umat2 yg terdahulu.

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim

Maka jelas lagi bersuluh perkara seperti ini sudah pun berlaku.Tetapi dimanakah usaha kita utk menjernihkn keadaan ini semula. Di mana perginya nilai "Ikramul Muslimin" iaitu memuliakan sesama muslim,menjaga haq dan menolong orang Islam. Dimanakah tanggungjawab utk menegur saudara2 kita daripda berleluasanya kemungkaran2 ini!!  

"Sabda Baginda Rasulullah SAW; Sesiapa yang tidak menolong saudara Islamnya ketika maruahnya dijatuhkan dan dihina, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghiraukannya ketika dia memerlukan pertolongan." (Hadith Riwayat Abu Daud)


Ingatlah sahabat2ku sekalian kerna sampai suatu masa nanti kita akan disoal oleh Allah apa yang telah kita lakukkan pada saudara kita

Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Hijr:92-93
فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٩٢﴾ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٣
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua,tentang apa yang telah mereka kerjakn dahulu.


Seperti kita dapat lihat,kini permasalahan akidah  semakin menular hebat sering berlaku dikalangan umat islam seperti gejala murtad yang dijangka seramai 250000org yang telah keluar daripada agama fitrah ini... Jadi dimanakah sifat keprihatinan kita terhadap ummah atau saudara kita atau sahabat kita hatta keluarga kita.
Firman ALLAH SWT,

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
(SURAH ALI IMRAN :104)
Maksudnya:  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.

Sahabat2 ku sekalian,marilah kita bersama2 berfikir tentang umat dan saudara2 kita diluar sana bagi menunaikan kwajipan kita sebagai seorang muslim kepada saudara seakidah dengan kita untuk kembalikn umat ini kepda jalan yang benar iaitu berlandaskan AL-QURAN DAN SUNNAH.  Marilah kita renung kembali sabda Rasulullah SAW,

 Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”
H.R. Abu Daud dan Tirmizi